HALUSINOGEN
Lysergic Asid Diethylamide (LSD), Mescaline Psilosybin
H A L U S I N O G E N
Halusinogen ialah dadah atau bahan kimia yang menyebabkan halusinasi. Jenis dadah yang
termasuk dalam golongan ini adalah seperti berikut: Tiruan:- Lysergic acid diethylamide (LSD),
diethyltryptamine (DET), dimethyltryptamine (DMT), STP (DOM) dan phencyclidine (PCP).
L Y S E R G I C A C I D D I E T H Y L A M I D E (LSD)
LSD didapati dalam bentuk cecair, serbuk atau dititik ke atas gula dadu, gelatin dan kertas resap. LSD larut dalam air dan alkohol. Hanya dengan mengambil sedikit sahaja LSD akan mendatangkan kesan halusinasi
KESAN HALUSINOGEN
- Bahan kimia aktif mengubah mood, persepsi dan imej ke atas sistem deria
- Berlaku perubahan dalam fikiran tanpa perubahan persekitaran
- Halusinasi, ilusi dan peningkatan persepsi terutama penglihatan dan bunyi
KESAN LANGSUNG DRUG HALUSINOGEN
- Kurang imbangan badan
- Tak upaya melangkah
- anguan Ingatan
- Kurang Testostron / Sperma
- Kitaran Haid terjejas
- Rangsangan deria bunyi ‘ dilihat ‘ dan deria lihat ‘ didengar ‘
KESAN SAMPINGAN HALUSINOGEN
- Mulut menjadi kering
- Kadar denyutan jantung meningkat
- Kesan penggantungan dan tolerans
- Dos makin tinggi dan berterusan
- Tanda tarikan : Gelisah, Seram Sejuk, Loya, muntah
- Gangguan kesihatan, batuk / penafasan
0 comments:
Post a Comment