8 Kesan Negatif Dadah



1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .

2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakandan perimbangan badannya .

3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .

4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .

5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman percakapan , pengiraandan kebolehan menyelesaikan masalah .

6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .

7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .

8. Membawa maut kepada : -

a. Diri sendiri

Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .

b. Ahli keluarga

Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .

c. Orang awam

Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah .



0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More