Selamat Datang ke PPDa SMK BT 5

Artikel Menarik Mengenai Dadah

Tambah ilmu pengetahuan anda mengenai dadah, jenis-jenis dadah dan kesan dadah kepada diri dan masyarakat

Maklumat Mengenai PPDa

Maklumat tentang Misi, Visi, Matlamat dan Fungsi PPDa

PPDa Setiap Negeri di Malaysia

Maklumat mengenai PPDa setiap negeri di Malaysia

Halusinogen



HALUSINOGEN

Lysergic Asid Diethylamide (LSD), Mescaline Psilosybin


H A L U S I N O G E N

Halusinogen ialah dadah atau bahan kimia yang menyebabkan halusinasi. Jenis dadah yang
termasuk dalam golongan ini adalah seperti berikut: Tiruan:- Lysergic acid diethylamide (LSD),
diethyltryptamine (DET), dimethyltryptamine (DMT), STP (DOM) dan phencyclidine (PCP).


L Y S E R G I C A C I D D I E T H Y L A M I D E (LSD)

LSD didapati dalam bentuk cecair, serbuk atau dititik ke atas gula dadu, gelatin dan kertas resap. LSD larut dalam air dan alkohol. Hanya dengan mengambil sedikit sahaja LSD akan mendatangkan kesan halusinasi





KESAN HALUSINOGEN

  • Bahan kimia aktif mengubah mood, persepsi dan imej ke atas sistem deria
  • Berlaku perubahan dalam fikiran tanpa perubahan persekitaran
  • Halusinasi, ilusi dan peningkatan persepsi terutama penglihatan dan bunyi

KESAN LANGSUNG DRUG HALUSINOGEN

  • Kurang imbangan badan
  • Tak upaya melangkah
  • anguan Ingatan
  • Kurang Testostron / Sperma
  • Kitaran Haid terjejas
  • Rangsangan deria bunyi ‘ dilihat ‘ dan deria lihat ‘ didengar ‘

KESAN SAMPINGAN HALUSINOGEN

  • Mulut menjadi kering
  • Kadar denyutan jantung meningkat
  • Kesan penggantungan dan tolerans
  • Dos makin tinggi dan berterusan
  • Tanda tarikan : Gelisah, Seram Sejuk, Loya, muntah
  • Gangguan kesihatan, batuk / penafasan


Stimulant




STIMULANT

Stimulant merupakan merupakan bahan kimia psikoaktif yang merangsangkan aktiviti sistem saraf pusat secara keseluruhan. Dua jenis dadah dalam kumpulan ini ialah jenis Amphetamine dan Kokain.


A M P H E T A M I N E

Dadah jenis Amphetamine ini terbahagi kepada beberapa jenis iaitu Amphetamine (Benzedrine), Dextroamphetamine (Dexedrine), Methamphetamine (Methendrine, Desoxyn) dan Phenmetrazine (Preludin). Selain itu, bahan yang menyerupai Amphetamine dari segi kesannya ialah Phentermine, Ephedrine dan Diethylpropion.




K O K A I N

Kokain ialah serbuk habluran putih yang tidak berbau yang dihasilkan daripada “Pes” koka. Ia merupakan bahan Stimulant yang kuat. Ia sering kali didapati dalam bentuk Kokain Hidroklorid. Ia selalunya dihidu, dihisap dan kadang-kadang dicampurkan dengan Heroin dan disuntik ke dalam pembuluh darah atau di bawah kulit (Skin Popping)

Kokain berasal dari daun koka “Erythroxylon coca” dan jenis pokok yang lain “Eerythroxylon”. Pokok ini terdapat dengan banyaknya di kawasan Pergunungan Andes, Amerika Selatan iaitu Peru, Equador, Bolivia dan Colombia. Pokok koka ini juga ditanam oleh petani sebagai mata pencarian mereka.

“Pes” koka ialah bahan ekstrak pertama daun koka selepas daun tersebut dipetik. Pes dibuat dengan menghancurkan dengan Alkohol/Benzol, Asid Sulfurik dan Natrium Karbonat serta menapis dan mengeringkan campuran tersebut. Campuran ini kebanyakannya mengandungi Alkaloid Koka dan juga dikenali sebagai pes koka. Ia dihisap bersama ganja atau tembakau. Pes koka dibersihkan untuk dijadikan Kokain.

Kokain “Crack” yang juga dikenali sebagai Kokain “Rock” ialah nama untuk sejenis kokain tulen (Freebase) yang dihisap. “Crack” yang mempunyai ketulenan 90% adalah sangat berbahaya kerana ia mendatangkan ketagihan yang teruk selepas penggunaan yang agak singkat.





S Y A B U

Syabu adalah dadah tiruan mengandungi ‘METHAMPHETAMINE’ dari Sodium Bicarbonate.

Jenis ‘Designer Drug’ yang merupakan ketulan-ketulan cerah atau ‘Colourless’ Crystalline Substances.

Negara Pengeluar Cina (pengeluar asal), Filipina Klasifikasi - METHAMPHETAMINE. Harga 4-5 kali ganda harga heroin.




PIL ECSTASY Dari segi perubatan dikenali sebagai ‘METHYLENEDIOXY METHAMPHETAMINE’ (MDMA).Pil Ecstasy Juga Dikenali Sebagai Playboy, Pink Lady, Apple. Extc, Pink, Eagle, Horse, Bird, Rabbit Terdapat 116 Trade Marks




KESAN STIMULAN

Kesan Dos rendah dengan prekripsi:- untuk rawatan penyakit mental agar berfungsi supaya normal, perasaan yakin,bertenaga dan cergas


Kesan Dos lebih dan berterusan kesan:-

Mengeletar, Resah Gelisah,
Tidak boleh tidur, Tidak Lapar
Rasa ghairah, Bercakap berlebihan


KESAN SAMPINGAN STIMULAN

  • Keadaan gila psikosis
  • Halusinasi penyebab kelakuan ganas
  • Penggantungan Fizikal dan Psikologikal
  • Gejala tarikan: Rasa amat letih,lapar dan tidur berpanjangan
  • Hilang ingatan 6-12 bulan selepas berhenti dos terakhir


Kokain ialah serbuk habluran putih yang tidak berbau yang dihasilkan daripada “Pes” koka. Ia merupakan bahan Stimulant yang kuat. Ia sering kali didapati dalam bentuk Kokain Hidroklorid. Ia selalunya dihidu, dihisap dan kadang-kadang dicampurkan dengan Heroin dan disuntik ke dalam pembuluh darah atau di bawah kulit (Skin Popping)

Depresen




Ganja, Hashish, Sedatif Hipnotik jenis Barbiturat, Tranquilizer


POKOK GANJA

Kanabis ialah istilah umum yang digunakan untuk semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok Genus Kanabis atau Ganja. Pokok ini ditanam untuk mendapatkan dadah. Ia juga didapati tumbuh liar di kawasan beriklim panas di Afrika, Mexico, Asia dan Timur Tengah

Ganja didapati daripada bunga dan daun pokok India Hempcannabis Sativa. Ganja mengandungi lebih daripada 400 jenis bahan kimia. Bahan kimia yang mengkhayalkan ialah THC (Delta 9 Tetrahydrocannabinol). THC merupakan bahan psikoaktif yang utama. 30 hingga 50 THC berada dalam tubuh selama 7 hari selepas menghisap sebatang rokok ganja.

Kekuatan sesuatu bentuk dadah Kanabis bergantung pada kandungan THC. THC ialah Delta 9 Tetrahydrocannabinol. Kanabis terbahagi kepada tiga jenis iaitu Kanabis Herba (Ganja, Marijuana/Grass/Pot/ Wed, Bhang, Kif, Takrouri, Dagga). Resin Getah Kanabis (Hashish Charas) dan Minyak Hashish.



S E R B U K G A N J A

Kanabis herba atau ganja merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga. Pokok kanabis yang dikeringkan dan kadangkala dijadikan blok atau bentuk ‘sate’. Ia menyerupai tembakau, tetapi lebih kehijau-hijauan. Kandungan THC adalah di antara 0.25% hingga 8%



H A R S H I S H

Resin/getah Kanabis atau Hashish ialah getah pucuk bunga Kanabis yang dikumpul, dikeringkan atau dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk. Kadangkala ia dicampurkan dengan lilin. Warna Hashish berbeza iaitu dari warna coklat muda ke warna hijau, coklat tua atau hitam. Kandungan THC adalah antara 4% hingga 12 %.




T R A N Q U I L I Z E R

Depresen amat penting dalam bidang perubatan. Ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Bahan Deppressant ini dapat dikelaskan seperti berikut: Sedatif-Hipnotik Tranquilizer



TRANQUILIZER JENIS BENZODIAZEPINE

Dalam tahun 1957, Benzodiazepine buat kali pertama digunakan di Amerika Syarikat dengan nama Chlodiazepoxide. Benzodiazepine dipasarkan dengan nama librium dalam tahun 1960 dan diikuti oleh Diazepam (Valium) dalam tahun 1963. Beribu-ribu jenis Benzodiazepine telah digunakan, tetapi sekarang hanya 25 jenis sahaja yang biasa digunakan secara klinikal diseluruh dunia.




B A R B I T U R A T

Asid Barbiturat mula dikeluarkan dalam tahun 1963 oleh Von Baeyer di Jerman. Barbiturat merupakan Sedatif-Hipnotik yang paling banyak digunakan. Dalam tahun 1968 sahaja bilangan preskripsi di United Kingdom meningkat sehingga berpuluh-puluh juta. Ini menyebabkan ramai golongan remaja menyalahgunakannya.

Terdapat sebanyak 2,500 jenis Sedatif-Hipnotik barbiturat. Daripada jumlah itu hanya 50 jenis sahaja yang diluluskan untuk kegunaan perubatan. Pada masa ini, hanya 12 jenis sahaja yang digunakan secara meluas.



D I A Z E P A M

Diazepam dan chlodiazepoxide digunakan untuk mengurangkan ketengangan perasaan dan kebimbangan pesakit. Diazepam juga digunakan untuk merawat penyakit sawan.




KESAN DEPRESEN

  • Depresi penafasan
  • Khayal
  • Peluh berlebihan
  • Pengecilan anak mata
  • Cepat marah
  • Jalan tak terkawal
  • Pergantungan
  • Tolerans
  • Dos berlebihan - Penafasan terhenti, koma atau maut
  • Kesan kronik bila berhenti segera - Membawa maut jika penagih berpenyakit darah tinggi,kencing manis,lemah jantung

Gejala Tarikan dan Kesan Kronik Drug Depresan

  • Keresahan
  • loya dan muntah
  • mata, hidung berair
  • Insomnia
  • Meremang buluroma

Kesan Kronik

  • Bahaya campuran jenis drug atau lebih dos kesan maut
  • Risiko jangkitan AIDS dan Hepatitis
  • Maut


Opiat



OPIAT


Juga dikenali Sebagai Narkotik. Jenis - jenis dadah seperti di bawah adalah dikategorikan sebagai Narkotik.

  • CANDU
  • MORFIN
  • HEROIN
  • KODEIN


C A N D U

Candu ialah cairan berupa susu yang kering yang diperolehi daripada torehan buah popi yang belum masak.
Ia berupa tar yang mempunyai bau dan rasa yang pahit.
Ia dimasak dengan air hingga berubah warnanya dan menjadi coklat kehitaman dan dikenali sebagai candu masak.
Bahan kimia Narkotik yang terdapat di dalam candu Heroin, Morfin dan Kodein

Pokok popi ditanam di kawasan Golden Triangle (Myanmar, Thailand, Laos, Cina) Golden Crescent (Afghanistan, Pakistan, Iran) dan Emerald Triangle (Maxico, Colombia, Peru). Selain dari kawasan ini,
popi juga ditanam di India, Turki, Guatemala dan Australia.
Methadon dan Pathidine juga tergolong dalam jenis Narkotik dan ia adalah sintetik buatan manusia.



Menuai Candu Pokok Popi


CANDU MASAK
Ia didapati melalui proses ringkas yang melibatkan percampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya ditapis untuk di asingkan kotoran seperti habuk daun popi. Bahan ini dipanaskan sehingga menjadi pekat. Candu masak boleh dimakan dan dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara “chasing the dragon” (Chase).




M O R F I N


MORFIN MENTAH (Bentuk Blok)
Morfin jenis ini didapati dalam bentuk blok atau serbuk. Bentuk blok selalunya berukuran 5cm x 10cm x 15 cm dan beratnya 1,200 gram hingga 1,500 gram. Warna blok berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda “999”. Blok ini pada umumnya mengandungi 70% hingga 90% Morfin Hidroklorik.



MORFIN MENTAH (Bentuk Serbuk) (Heroin No. 1)
Dalam bentuk serbuk, Morfin Mentah berwarna putih atau coklat dan berbiji halus. Ia didapati setelah blok Morfin Mentah dibahagikan dengan menggunakan gergaji atau setelah blok tersebut dihancurkan sebelum Morfin Mentah diproses menjadi Heroin. Kadangkala ia disebut juga sebagai “Heroin No. 1”.





H E R O I N

HEROIN
Heroin ialah dadah yang paling popular digunakan oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin merupakan serbuk habluran putih yang diperolehi daripada Morfin melalui proses kimia. 10 kilogram Candu akan menghasilkan 1 kilogram Heroin.




HEROIN BASE (Heroin No. 2)
Heroin bes merupakan heroin yang siap dikeluarkan. Ia adalah pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk dijadikan serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap atau kelabu gelap. Kadangkala ia dikenali sebagai Heroin No. 2.





HEROIN NO. 3

Heroin No. 3 berwarna dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utamanya ialah Kafein. Kadangkala Barbiturat juga dicampurkan ketika proses pengeluaran. Ketulenan Heroin No. 3 berbeza-beza iaitu ia mengandungi di antara 25% hingga 45% Diasetil Morfin.





HEROIN NO. 4
Heroin No. 4 ialah serbuk halus berwarna putih dan putih kuning dengan kandungannya sehingga 98% Diasetil Morfin Hidroklorik. Heroin jenis ini selalunya disuntik




HEROIN (Tiub Straw)
Dari bulan Januari hingga Jun 1989 antara penagih baru yang dikesan, penagih heroinlah yang paling ramai iaitu seramai 2,025 orang berbanding dengan dadah jenis lain




K O D I E N

KODEIN Diperolehi dari Candu dan Morfin, tetapi dosnya terlalu lemah.Kegunaannya untuk meringankan rasa sakit yang ringan. Bahan gantian Heroin atau Morfin.Kodein boleh didapati Dalam ubat batuk. Beberapa Pil (Tablet) - Asprin dan Acetaminophen.



TANDA-TANDA PENAGIHAN OPIAT

Mata dan hidung berair
Menguap
Hilang selera
Ketar
Cepat meradang
Panik
Sejuk, berpeluh
Kejang
Mual

A.kesan-kesan MORFIN

Mata hitam mengecil
Pertuturan tidak nyata
Tekanan darah turun
Mengantuk
Peredaran darah menjadi lambat
Kurang selera makan
Khayal
Tidur dalam keadaan tidak sedar jaga semula
Turun berat badan
Pergantungan fizikal & Psikologikal

B.kesan-kesan CANDU & HEROIN

Risiko dos berlebihan
Boleh mengakibatkan kematian mengejut
Risiko kemalangan
Dalam keadaan mabuk/khayal, penagih
tidak dapat mengawal pergerakan badan
Risiko jangkitan penyakit
Jangkitan penyakit seperti AIDs, hepatitis,
kancing gigi
Keracunan darah boleh berlaku apabila penagih menggunakan alat-alat suntikan yang kotor







A.MORFIN

-Mata hitam mengecil

-Pertuturan tidak nyata

-Tekanan darah turun

-Mengantuk

-Peredaran darah menjadi lambat

-Kurang selera makan

-Khayal

-Tidur dalam keadaan tidak sedar jaga semula

-Turun berat badan

-Pergantungan fizikal & Psikologikal

Majlis Penutupan Bulan PPDa Peringkat Sekolah 2011 SMK Batu 5



Majlis Penutupan Bulan PPDa Peringkat Sekolah 2011
Disempurnakan Oleh Pengetua SMK Batu 5
Pada 17 April 2011 Bertempat Di Dewan Seri Delima





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More