Selamat Datang ke PPDa SMK BT 5

Artikel Menarik Mengenai Dadah

Tambah ilmu pengetahuan anda mengenai dadah, jenis-jenis dadah dan kesan dadah kepada diri dan masyarakat

Maklumat Mengenai PPDa

Maklumat tentang Misi, Visi, Matlamat dan Fungsi PPDa

PPDa Setiap Negeri di Malaysia

Maklumat mengenai PPDa setiap negeri di Malaysia

Opiat



OPIAT


Juga dikenali Sebagai Narkotik. Jenis - jenis dadah seperti di bawah adalah dikategorikan sebagai Narkotik.

  • CANDU
  • MORFIN
  • HEROIN
  • KODEIN


C A N D U

Candu ialah cairan berupa susu yang kering yang diperolehi daripada torehan buah popi yang belum masak.
Ia berupa tar yang mempunyai bau dan rasa yang pahit.
Ia dimasak dengan air hingga berubah warnanya dan menjadi coklat kehitaman dan dikenali sebagai candu masak.
Bahan kimia Narkotik yang terdapat di dalam candu Heroin, Morfin dan Kodein

Pokok popi ditanam di kawasan Golden Triangle (Myanmar, Thailand, Laos, Cina) Golden Crescent (Afghanistan, Pakistan, Iran) dan Emerald Triangle (Maxico, Colombia, Peru). Selain dari kawasan ini,
popi juga ditanam di India, Turki, Guatemala dan Australia.
Methadon dan Pathidine juga tergolong dalam jenis Narkotik dan ia adalah sintetik buatan manusia.



Menuai Candu Pokok Popi


CANDU MASAK
Ia didapati melalui proses ringkas yang melibatkan percampuran candu mentah dengan air yang kemudiannya ditapis untuk di asingkan kotoran seperti habuk daun popi. Bahan ini dipanaskan sehingga menjadi pekat. Candu masak boleh dimakan dan dihisap dengan menggunakan paip atau dengan cara “chasing the dragon” (Chase).




M O R F I N


MORFIN MENTAH (Bentuk Blok)
Morfin jenis ini didapati dalam bentuk blok atau serbuk. Bentuk blok selalunya berukuran 5cm x 10cm x 15 cm dan beratnya 1,200 gram hingga 1,500 gram. Warna blok berbeza-beza dari putih ke coklat gelap dan kebanyakannya mempunyai tanda “999”. Blok ini pada umumnya mengandungi 70% hingga 90% Morfin Hidroklorik.



MORFIN MENTAH (Bentuk Serbuk) (Heroin No. 1)
Dalam bentuk serbuk, Morfin Mentah berwarna putih atau coklat dan berbiji halus. Ia didapati setelah blok Morfin Mentah dibahagikan dengan menggunakan gergaji atau setelah blok tersebut dihancurkan sebelum Morfin Mentah diproses menjadi Heroin. Kadangkala ia disebut juga sebagai “Heroin No. 1”.





H E R O I N

HEROIN
Heroin ialah dadah yang paling popular digunakan oleh penagih dadah di Malaysia. Heroin merupakan serbuk habluran putih yang diperolehi daripada Morfin melalui proses kimia. 10 kilogram Candu akan menghasilkan 1 kilogram Heroin.




HEROIN BASE (Heroin No. 2)
Heroin bes merupakan heroin yang siap dikeluarkan. Ia adalah pepejal yang boleh dihancurkan dengan tangan untuk dijadikan serbuk. Warnanya berbeza-beza dari kelabu pucat ke coklat gelap atau kelabu gelap. Kadangkala ia dikenali sebagai Heroin No. 2.





HEROIN NO. 3

Heroin No. 3 berwarna dari coklat muda ke kelabu gelap. Bahan campuran utamanya ialah Kafein. Kadangkala Barbiturat juga dicampurkan ketika proses pengeluaran. Ketulenan Heroin No. 3 berbeza-beza iaitu ia mengandungi di antara 25% hingga 45% Diasetil Morfin.





HEROIN NO. 4
Heroin No. 4 ialah serbuk halus berwarna putih dan putih kuning dengan kandungannya sehingga 98% Diasetil Morfin Hidroklorik. Heroin jenis ini selalunya disuntik




HEROIN (Tiub Straw)
Dari bulan Januari hingga Jun 1989 antara penagih baru yang dikesan, penagih heroinlah yang paling ramai iaitu seramai 2,025 orang berbanding dengan dadah jenis lain




K O D I E N

KODEIN Diperolehi dari Candu dan Morfin, tetapi dosnya terlalu lemah.Kegunaannya untuk meringankan rasa sakit yang ringan. Bahan gantian Heroin atau Morfin.Kodein boleh didapati Dalam ubat batuk. Beberapa Pil (Tablet) - Asprin dan Acetaminophen.



TANDA-TANDA PENAGIHAN OPIAT

Mata dan hidung berair
Menguap
Hilang selera
Ketar
Cepat meradang
Panik
Sejuk, berpeluh
Kejang
Mual

A.kesan-kesan MORFIN

Mata hitam mengecil
Pertuturan tidak nyata
Tekanan darah turun
Mengantuk
Peredaran darah menjadi lambat
Kurang selera makan
Khayal
Tidur dalam keadaan tidak sedar jaga semula
Turun berat badan
Pergantungan fizikal & Psikologikal

B.kesan-kesan CANDU & HEROIN

Risiko dos berlebihan
Boleh mengakibatkan kematian mengejut
Risiko kemalangan
Dalam keadaan mabuk/khayal, penagih
tidak dapat mengawal pergerakan badan
Risiko jangkitan penyakit
Jangkitan penyakit seperti AIDs, hepatitis,
kancing gigi
Keracunan darah boleh berlaku apabila penagih menggunakan alat-alat suntikan yang kotor







A.MORFIN

-Mata hitam mengecil

-Pertuturan tidak nyata

-Tekanan darah turun

-Mengantuk

-Peredaran darah menjadi lambat

-Kurang selera makan

-Khayal

-Tidur dalam keadaan tidak sedar jaga semula

-Turun berat badan

-Pergantungan fizikal & Psikologikal

Majlis Penutupan Bulan PPDa Peringkat Sekolah 2011 SMK Batu 5



Majlis Penutupan Bulan PPDa Peringkat Sekolah 2011
Disempurnakan Oleh Pengetua SMK Batu 5
Pada 17 April 2011 Bertempat Di Dewan Seri Delima





Senarai Pemenang Pertandingan Sempena Bulan PPDa SMK Batu 5 2011





SENARAI PENERIMA HADIAH





    1.    KUIZ (13 )

§  NURSYAZWANI BT MD KHIR – 2A1
§  SITI KHOLIJAH BT MOHD SOBRI – 3A3
§  EKA NOR FASHA BT HAMDAN – 3A4
§  NAJIHAH BT ZAKARIA – 5SN
§  NURUL UMIRA IZANI BT SHAIFUL RIZAN – 5SN
§  KHAIRUL FATHIYAH BT MAHMUD – 5SN
§  NUR SYAMIMI BT AHMAD – 5SN
§  NUR AFINA BT IDRIS – 5SN
§  AYUNI ZUBAIDAH BT MANSOR – 5SN
§  MUHAMMAD AFIQ B KHAIRUDDIN – 5SN
§  MUHAMMAD SAZWAN SUHAIMI – 5SN
§  MOHD AZFAR B ASRI – 1A2
§  MOHD IZZAT HAFIZ SHAHRULAN – 3A1

     2.    PERTANDINGAN MELUKIS POSTER (6) – dengan kerjasama Panitia Pend. Seni Visual

Tempat Pertama : Mohd Afiq Aiman b Suhaimi – 2A4
Tempat Kedua    : Thanabalan a/l Perumal – 2A5
Tempat Ketiga    : Muhammad Amir Syahir b Khamis – 2A2
Tempat Keempat: Ahmad Firdaus b. Muhamad Madin – 2A4
Tempat Kelima   : Muhammad Shahrul Nizam b Romli -2A2
Tempat Keenam : Nur Salina bt Roslan – 1A4


    3.    PERTANDINGAN MENULIS ESEI (6) – dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu
    
     Men Rendah :
     Tajuk Esei ‘Kesan Dadah terhadap Remaja’
Tempat Pertama : Nurul Syafiqah bt Kahar – 3A2
Tempat Kedua    : Nur Hamizah bt harun – 3A1
Tempat Ketiga    : Nur Syafwani bt Che Lin– 3A2

Men Atas :
Tajuk Esei ‘Peranan remaja dalam menangani masalah penagihan dadah’
Tempat Pertama : Nur Afifah bt Idris – 5SN
Tempat Kedua    : Nur Hidayah bt Ishak – 4SN
Tempat Ketiga    : Najihah bt Zakaria – 5SN


     4.    PERTANDINGAN MENGHASILKAN BUKU SKRAP (13)

Men Rendah :
Tempat Pertama : Khairul Amir bin Abu Hassan dan rakan-rakan – 1A3
Tempat Kedua    : Dhiva a/p Muniandy dan Punitha a/p Muniandy
Tempat Ketiga    : Nur Adilah bt Nazri dan rakan – 1A2

Men Atas :
Tempat Pertama : Sivagami a/p Selvan dan rakan-rakan – 4K2
Tempat Kedua    : Rafiq Ajmal dan rakan-rakan – 5SN
Tempat Ketiga    : Tamilarasi a/p Karunakaran dan rakan – 4SN



Saguhati :


1.     Nurul Fatiha bt Halim -2A1
2.     Jivayashine a/p Suresh -1A2
3.     Nooriswana Bt Abdullah – 1A2
4.     Nur Nasha bt Razali -1A2
5.     Malathi – 1A2
6.     S. Nagadivyasree -1A2
7.     S. Nagasopnasree -1A2


Sambutan Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah SMK Batu 5 Tahun 2011





SAMBUTAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2011

6 MAC HINGGA 27 MAC 2011

Pelbagai pertandingan akan diadakan seperti:


Pertandingan Mengarang Esei B. Melayu (En. Zamri B. Salleh)
Pertandingan Melukis Poster
(En. Md Sham B. Mohd Ariffin)
Pertandingan Menghasilkan Buku Skrap (Pn. Rohasniza Bt. Ali)
Kuiz di Bilik Sumber PPDa
(Pn. Jafizatul Ilyana Bt. Jaafar)


Hadiah-hadiah manarik menanti anda!!!!


p/s : Pelajar yang berminat boleh menghubungi guru-guru berkenaan untuk menyertai pertandingan.

Apa Itu Dadah? Pengertian dan Maksud.


‘Drug’ dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Untuk mentakrif penyalahgunaan kepada `Drug’, perkataan `Use’, `misuse’ atau `abuse’ perlu digunakan bersama-sama perkataan drug. Manakala dalam Bahasa Melayu, dadah merupakan istilah khusus yang dicipta untuk memberi pengertian `penyalahgunaan’ atau `salahguna’ tidak boleh diikuti dengan perkataan `dadah’ sudah menunjukkan ia telah disalahgunakan. Dalam hal ini, perkataan `penggunaan’ atau `penagihan’ adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan penggunaan dan juga masalah-masalah yang berkaitan dadah.

Dadah ialah sebarang bahan kimia yang digunakan pada tubuh manusia atau haiwan untuk mentiasat , merawat atau mencegah penyakit.Dadah akan mengakibatkan ketagihan , kemerosotan kesihatan atau keruntuhan akhlak pengguna apabila dimakan atau diminum atau dimasukkan ke dalam badan dengan tidak mengikut peraturan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More